Inisiatif

Peristiwa
7/3/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Perasmian Masjid dan Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H

Mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid dan Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H di Masjid Darul Ulum, Matang Pagar, Sungai Buloh.

Dalam majlis ini, DYMM Tuanku berkenan merasmikan Masjid Darul Ulum yang telah mula beroperasi pada Disember 2024. Masjid yang dibina di atas tanah seluas 0.8 ekar dengan kos kira-kira RM7 juta hasil peruntukan Kerajaan Negeri serta sumbangan orang awam ini mampu menampung sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Dalam majlis sama, DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada 521 asnaf terdiri daripada fakir, miskin dan muallaf, dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM260,500.

Tuanku turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama rakyat.

Alhamdulillah, semoga masjid ini terus menjadi pusat ibadah, ilmu dan penyatuan ummah di kawasan Sungai Buloh ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.