Inisiatif

Peristiwa
13/3/25
Isu
Negara
Selangor

Majlis Perasmian Masjid & Berbuka Puasa Bersama Rakyat & Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat ke Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa untuk Majlis Perasmian Masjid &  Berbuka Puasa Bersama Rakyat & Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H di daerah Hulu Selangor.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada 562 asnaf, merangkumi 197 fakir, 306 miskin, dan 59 mualaf. Sumbangan ini merupakan yang terbesar bagi jumlah asnaf dalam program Ihya’ Ramadan di Selangor tahun ini.

Alhamdulillah, keberangkatan DYMM Sultan Selangor disambut dengan meriah dan mesra oleh rakyat jelata. Keprihatinan dan kasih sayang Tuanku Sultan terhadap rakyat Negeri Selangor tiada tandingannya.

#KitaSelangor

#Ramadan

#HuluSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.