Inisiatif

Peristiwa
5/5/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor

Menjunjung kasih DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor serta pelancaran pembukaan Program Gagasan Rumpun Selangor Tahun 2026 di Shah Alam, pagi ini.

Perasmian Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor ini adalah signifikan kerana manifestasi usaha negeri ke arah pejabat pintar. Dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk parkir berbumbung solar, kompleks ini turut menyokong agenda pembangunan lestari dengan penjimatan bil elektrik yang signifikan, selari usaha mengurangkan jejak karbon negeri.

Dalam masa yang sama, peranan JKR Selangor terus diperkasa melalui pelaksanaan 101 projek bernilai RM2.69 bilion merangkumi projek negeri dan Persekutuan, di samping perolehan aset baharu bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam pengurusan projek, penyelenggaraan serta bencana.

Majlis hari ini turut menyaksikan pelancaran Gagasan Rumpun Selangor 2026, satu usaha menyeluruh yang menggabungkan pembangunan fizikal dengan pembinaan jiwa masyarakat. Melalui pendekatan “projek angkat” dan sokongan geran, inisiatif ini mengangkat semangat kebersamaan, memperkukuh perpaduan serta memastikan manfaat pembangunan dirasai secara inklusif oleh seluruh rakyat.

Selangor tidak hanya mengejar kemajuan ekonomi, tetapi berusaha mencapai keseimbangan terbaik antara pertumbuhan dan keberdayahunian demi kesejahteraan lebih 7.3 juta rakyat.

Semoga segala usaha ini terus memperkukuh Selangor sebagai negeri yang maju, lestari dan inklusif untuk semua.

Menjunjung kasih DYTM Raja Muda Selangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.