Inisiatif

Peristiwa
6/10/25
Isu
Selangor

Majlis Penyerahan Surat Tawaran PPR Ampar Tenang, Dengkil

Alhamdulillah, pagi ini saya hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran PPR Ampar Tenang, Dengkil, satu lagi bukti kerjasama erat Kerajaan Negeri Selangor melalui LPHS bersama Kerajaan Persekutuan.

Di bawah Skim PPR Dimiliki, projek ini membangunkan 404 unit rumah teres satu tingkat dengan kos lebih RM88 juta, lengkap 3 bilik tidur, 2 bilik air, kawasan komuniti serta 4 unit mesra OKU. Inisiatif ini menempatkan semula 167 keluarga dari Taman Permata, Dengkil yang terjejas akibat kerosakan kediaman asal.

Saya dimaklumkan ramai pembeli telah mengesahkan kelayakan dan menyelesaikan proses bayaran. Kos pembinaan setiap unit melebihi RM215,000, ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan, manakala peserta hanya menyelesaikan bayaran RM20,000 kepada PNSB (penyelesaian rumah Rumah Kos Rendah) bagi melayakkan penerimaan kediaman baharu. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan KPKT supaya proses penyerahan berjalan lancar dan teratur.

Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, serta EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Datuk Borhan bin Aman Shah.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela melalui penyediaan perumahan yang selesa, selamat dan mampu milik. Semoga inisiatif ini terus membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua penerima, insya-Allah.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.