Inisiatif

Peristiwa
21/7/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Di Bawah PETRA Kepada Kerajaan Negeri Selangor

Alhamdulillah, pagi ini saya menyaksikan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Projek Pembangunan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis ini menandakan penyerahan beberapa projek strategik yang telah disiapkan kepada Kerajaan Negeri dengan jumlah keseluruhan kos sebanyak RM83.46 juta, melibatkan usaha memperkukuh infrastruktur tebatan banjir, menaik taraf sungai, kawalan hakisan pantai serta pemuliharaan kawasan pesisir di beberapa daerah di Selangor.

Antara projek yang diserahkan termasuk kerja-kerja pengukuhan tebing Sungai Klang di Shah Alam, menaik taraf Sungai Kemensah dan lain-lain sungai berkaitan di Hulu Klang, projek kawalan hakisan dan pengukuhan benteng pantai di Sabak Bernam, Kuala Langat serta Kuala Selangor, selain projek pemuliharaan Pantai Morib.

Pelaksanaan projek-projek ini bukan sahaja memperkukuh daya tahan Selangor terhadap risiko banjir dan hakisan pantai, malah menjadi bukti komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan keselamatan rakyat serta kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan melalui PETRA serta semua agensi pelaksana atas kerjasama erat dalam merealisasikan projek-projek ini. Semoga semua aset yang diserahkan hari ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat Selangor.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.