Suara

Peristiwa
26/8/20
Selangor

Majlis Penyempurnaan Penjenamaan STDC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menyempurnakan penjenamaan Kolej Antarabangsa INPENS kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre.

Usaha ini yang berteras smart partnership antara kerajaan negeri, industri dan institusi akan memfokuskan pembangunan kemahiran teknikal berorientasikan keperluan industri serta hasilkan conveyor belt graduan dilengkapi kemahiran terkini dengan teknologi baharu.

Idea ini tercetus selepas lawatan saya ke Munich sebelum ini dan melihat cara University Technical of Munich bekerjasama dengan syarikat seperti BMW, Audi dan Siemens.

Saya percaya Selangor Technical Skills Development Centre mampu dibina untuk setanding dengan UTM Munich kerana saya yakin generasi muda Selangor mampu bertanding di arena antarabangsa.

Sekalung tahniah kepada 91 orang pelajar tajaan Program IKTISASS yang berjaya tamatkan pelajaran dalam bidang masing-masing pada tahun 2019. Saya berharap anda dapat menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain pada masa hadapan


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.