Majlis Penyampaian Sumbangan Dato’ Menteri Besar Selangor
Alhamdulillah Jumaat lepas seramai 87 penerima telah menerima kelulusan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Dato’ Menteri Besar Selangor yang melibatkan individu, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta tabung rumah ibadat.
Pejabat saya diwakili Ketua Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar telah menyampaikan surat kelulusan berkenaan kepada para penerima susulan permohonan sumbangan yang telah disemak, diteliti dan diluluskan.
Saya berharap sumbangan ini dapat membantu memenuhi keperluan penerima serta menyokong pelbagai usaha pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Insya-Allah, kami akan terus menyantuni keperluan rakyat dan memperkukuh sokongan kepada pihak yang bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan Selangor.











