Inisiatif

Peristiwa
6/12/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Penutup Karnival MBI Group Inter Agency Games (MBI GIG) 2025

Saya berkesempatan menyaksikan Majlis Penutup Karnival MBI Group Inter-Agency Games (MBI GIG) 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah, melibatkan penyertaan 21 syarikat serta hampir 1,900 atlet yang bertanding dalam tujuh jenis sukan merangkumi 23 kategori pertandingan.

Saya turut teruja menonton perbarisan kontinjen anak-anak syarikat serta acara larian 8 × 50 meter, termasuk larian khas para Ketua Pegawai Eksekutif agensi-agensi di bawah Kumpulan MBI yang mencuri perhatian dan menyerlahkan semangat kebersamaan warga kerja.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta kelab-kelab sukan serta rekreasi anak syarikat Kumpulan MBI Selangor atas penganjuran karnival yang berjaya menyatukan seluruh warga kerja, memupuk budaya hidup sihat ‘work life balance’ dan memperkukuh kerjasama organisasi.

Saya juga sempat singgah ke Kejohanan Terbuka Ping Pong 2025 dan berpeluang bermain seketika, benar-benar dapat mengubat rindu bermain ping pong. Semoga aktiviti riadah bersama keluarga besar MBI ini terus mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat kecemerlangan Kumpulan MBI Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.