Inisiatif

Peristiwa
10/12/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Penutup Karnival Konvokesyen UKM Ke-53

Bersama 13,904 graduan sempena Majlis Penutup Karnival Konvokesyen UKM Ke-53.

Dengan ‘Legasi Rentak Madani’ sebagai tema, majlis ini cukup meriah mencerminkan personaliti para siswa institusi ini dalam pada masa sama meraikan kejayaan mereka semua.

Seterusnya saya menghadiri Majlis Penyerahan Projek Membina Jalan Menghubungkan Kampung Sri Indah A (B9) ke Jalan Hospital Sungai Buloh, Daerah Gombak.

Projek hasil kerjasama Kerajaan Negeri Selangor menerusi UPEN dan JKR Negeri Selangor bernilai  RM44.55 juta ini bakal memberi kesenangan besar buat penduduk setempat dengan aliran trafik yang kurang sesak, peningkatan keselamatan serta penjimatan masa perjalanan ke Hospital Sungai Buloh yang kini mengambil sekitar 5 minit.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.