Majlis Penutup Karnival Konvokesyen Ke-53 UKM
Semalam saya menghadiri Majlis Penutup Karnival Konvokesyen UKM Ke-53 bertemakan ‘Legasi Rentak Madani’ yang cukup meriah dengan pelbagai program yang mencerminkan identiti universiti serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 13,904 graduan yang diraikan. Kejayaan ini menjadi detik bermakna serta permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih mencabar dan penuh peluang.
Kerajaan Negeri yakin terhadap bakat dan potensi anak muda. Melalui sokongan masyarakat dan warga pendidik, Selangor terus memupuk generasi kreatif, berdaya saing dan bersedia menerajui era keusahawanan ekonomi digital.
Semoga para graduan terus melangkah yakin serta membina masa depan yang cemerlang.













No items found.



