Suara

Peristiwa
9/9/20
Selangor
Perhimpunan

Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Langat

Sebagai menjunjung titah Tuanku D.Y.M.M Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, saya dengan ini mengisytiharkan pemasyhuran naik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat pada 9 September 2020 bersamaan 21 Muharram 1442 Hijrah dan dengan perkenan tuanku, Majlis Perbandaran Kuala Langat akan menggunakan imej logo perbandaran yang baharu.


Pernah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, Kuala Langat dengan hampir 323,400 penduduk yang sarat dengan sejarahnya yang tersendiri kini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Sepang, Kajang, Ampang Jaya, Selayang dan Klang.



Dengan kadar urbanisasi menghampiri 90 peratus, penaiktarafan baki tiga lagi majlis daerah di Selangor iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Hulu Selangor hanya menanti waktu.



Mengambil semangat moto terbaharu MPKL, semoga negeri Merah Kuning ini juga akan kekal indah, harmoni dan bestari.

Tahniah sekali lagi atas pengisytiharan bersejarah hari ini.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.