Inisiatif

Peristiwa
10/1/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Pengenalan Rasmi Pasangan Panda Chen Xing & Xiao Yue

Hari ini saya hadir di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara bagi menyaksikan detik bersejarah pengenalan rasmi pasangan Giant Panda baharu, Chen Xing dan Xiao Yue, yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam majlis ini, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi usaha pembangunan serta penambahbaikan Zoo Negara, sebagai komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memelihara kebajikan haiwan dan memperkukuh infrastruktur konservasi negara.

Ketibaan Chen Xing dan Xiao Yue bukan sekadar menambah seri Zoo Negara, malah menjadi simbol keutuhan hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 50 tahun antara Malaysia dan Republik Rakyat China. Saya amat berbangga kerana Selangor terus menjadi tuan rumah kepada inisiatif konservasi antarabangsa yang signifikan ini.

Melalui kerjasama antara PERHILITAN dan China Wildlife Conservation Association (CWCA), kehadiran pasangan panda ini bagi tempoh 10 tahun pastinya akan merancakkan sektor pelancongan negeri, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selamat datang ke Selangor, Chen Xing dan Xiao Yue!

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.