Inisiatif

Artikel
14/6/22
Isu
Selangor

MAJLIS PENASIHAT KESIHATAN AWAM SELANGOR (SELPHAC)

Kini melangkah lebih jauh, Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC) sebagai satu langkah proaktif melindungi rakyat negeri ini menerusi sistem kesihatan awam yang lebih efektif.

Pengalaman menempuhi COVID-19 meningkatkan kepentingan sistem kesihatan. Selangor Saring, Skim Rawatan Jantung Negeri, Insentif Rawatan Tibi dan pelbagai lagi antara inisiatif yang telah dilaksana. SELPHAC akan memacu idea-idea baru supaya langkah pengukuhan direncana sebaiknya.

SELPHAC digerakkan secara kolektif oleh para pemimpin negeri, agensi pelaksana utama, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pakar perubatan pelbagai bidang dan ahli akademik, mantan ahli Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 (STFC), wakil kesihatan sektor industri, wakil persatuan perubatan Malaysia, wakil persatuan pakar kesihatan awam.

Keanggotaan juga mengumpulkan pelbagai segmen perspektif supaya pelaksanaan bersifat holistik dan bersasar. Inisiatif ini selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan pembentukan Jawatankuasa Agenda Nasional Malaysia Sihat di peringkat negeri.

Berbekal pengalaman pentadbiran dan pengurusan ketika pandemik COVID-19, Selangor yakin untuk mengorak lebih kejayaan serta mencorak masa depan yang lebih baik. Semoga inisiatif ini melindungi masa depan kita bersama.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.