Majlis Peluncuran Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS
Menghadiri Majlis Peluncuran Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS di Dewan Komuniti Bandar Utama.
Majlis ini turut dihadiri Saudari Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden KEADILAN, bersama para pimpinan utama serta para petugas pilihan raya dari seluruh negara.
TERAS adalah salah satu komponen penting dalam persediaan KEADILAN menuju pilihan raya. TERAS akan memperkukuh pengurusan, pemantauan dan pelaksanaan strategi kempen secara lebih menyeluruh dan bersepadu.
Dalam ucapan saya tekankan bahawa walaupun sistem atau teknologi ini adalah penting dalam menghadapi pilihanraya namun ia bukanlah satu-satunya sandaran kita. KEADILAN harus terus kekal fokus dan komited terhadap meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat melalui program turun padang, kempen rumah ke rumah, ceramah kelompok dan penerangan sosmed.
Semoga pelancaran ini menjadi langkah penting untuk memastikan jentera pilihan raya KEADILAN terus berada dalam keadaan yang terbaik, lebih sistematik, lebih cekap dan lebih bersedia menghadapi apa jua pilihan raya yang mendatang.
















