Inisiatif

Peristiwa
20/1/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035

Menghadiri Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pelan ini akan menjadi asas penting dalam membentuk masa depan anak-anak Malaysia.

RPN 2026–2035 digarap sebagai kerangka menyeluruh yang merangkumi pendidikan prasekolah, sekolah dan pengajian tinggi, dengan penekanan terhadap akses yang adil, kualiti pembelajaran, pembangunan bakat, serta kesiapsiagaan generasi muda menghadapi cabaran masa depan.

Antara tumpuan utama RPN 2026–2035 ialah:

1. Pengukuran pembelajaran dilaksanakan di peringkat Darjah 4 dan Tingkatan 3 bagi menilai perkembangan murid secara lebih holistik.

2. Sejarah dan Bahasa Melayu dijadikan subjek wajib di semua sekolah, sebagai teras pembinaan jati diri dan perpaduan nasional.

3. Kuota pendidikan percuma IPTA untuk pelajar miskin ditingkatkan daripada 5,800 kepada 10,000 pelajar.

4. Yuran pengajian IPTA dikecualikan sepenuhnya untuk pelajar OKU, bagi memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih inklusif.

5. Pelajar berusia 6 tahun diberikan peluang kemasukan terus ke Darjah 1.

6. Pelajar STPM dengan CGPA 4.0 layak menerima tawaran ke IPTA.

7. Peruntukan RM100 juta disediakan bagi baik pulih bilik guru, sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan pendidik.

Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik aspirasi RPN ini dan kekal komited untuk menyokong agenda pendidikan yang inklusif, progresif dan berteraskan kesejahteraan rakyat kerana pendidikan adalah pelaburan paling strategik untuk kemajuan negeri dan negara.

Tahniah saya ucapkan kepada Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato Seri Dr Zambry Kadir serta seluruh warga kementerian atas usaha yang cukup bermakna ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.