Majlis Peluncuran Projek Fiberisasi-Cyberjaya dan Business Alliance Framework
Saya hadir di Majlis Peluncuran Projek Fiberisasi-Cyberjaya dan Business Alliance Framework yang berlangsung di Shah Alam hari ini. Ini merupakan satu langkah penting dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor memperkukuh asas infrastruktur digital negeri bagi menyokong pertumbuhan pusat data, pemain hyperscaler serta pelaburan digital bernilai tinggi.
Seperti yang saya maklumkan dalam Belanjawan Selangor 2026, Kerajaan Negeri akan membangunkan Masterplan Selangor Dark Fibre Network melalui anak syarikat MBI Selangor, SMARTSEL Sdn Bhd, melibatkan pembinaan rangkaian gentian optik sepanjang 889km di seluruh negeri.
Projek Fiberisasi Cyberjaya yang dilancarkan hari ini merupakan projek perintis, termasuk pembangunan rangkaian gentian optik bawah tanah yang akan menyokong keperluan pusat data, industri berintensifkan data serta perkhidmatan digital berkapasiti tinggi, dengan penekanan terhadap aspek keselamatan, kebolehskalaan dan kemampanan, termasuk penerapan elemen tenaga hijau.
Kerjasama ini mencerminkan pendekatan kerjasama awam–swasta yang mampan, melibatkan MBI Selangor, SMARTSEL dan OCK Group Berhad sebagai rakan strategik jangka panjang dalam membangunkan ekosistem keterhubungan digital negeri secara berfasa, tersusun dan berasaskan kepentingan awam.
Inisiatif ini adalah asas kepada pembinaan ekosistem digital Selangor yang berdaya tahan, selamat dan bersedia menghadapi teknologi masa hadapan, demi memastikan Selangor kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi digital serantau.













.jpg)





