Inisiatif

Peristiwa
21/7/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Peluncuran Manifesto Harapan Negeri Sembilan

Malam semalam saya menghadiri Majlis Peluncuran Manifesto Harapan Negeri Sembilan yang telah dibetangkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Manifesto ini bukan sekadar himpunan janji pilihan raya, tetapi satu komitmen yang realistik dan berpaksikan rekod pencapaian kerajaan sedia ada serta aspirasi untuk membawa Negeri Sembilan terus melangkah ke hadapan.

Di bawah tema “10 Komitmen Utama Pakatan Harapan untuk Negeri Sembilan”, manifesto ini menggariskan fokus utama bagi memastikan kemakmuran negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat:

1️⃣ Kerajaan Stabil, Bersih dan Mesra Rakyat

2️⃣ Memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat (SSR)

3️⃣ Ekonomi Berdaya Saing & 30,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi

4️⃣ Pendidikan Berkualiti untuk Semua

5️⃣ 20,000 Rumah Mampu Milik dan Penyelesaian Isu Tanah

6️⃣ Belia, Wanita dan Keluarga Diberi Keutamaan

7️⃣ Pembangunan Pelancongan dan Warisan Adat, Kemajuan Seimbang Bandar dan Luar Bandar serta FELDA

8️⃣ Pertanian Moden dan Keterjaminan Makanan

9️⃣ Infrastruktur Strategik dan Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

🔟 Perpaduan Agama, Keharmonian dan Kemajuan untuk Semua

Insya-Allah, manifesto ini mencerminkan iltizam Pakatan Harapan untuk meneruskan pentadbiran yang berintegriti, memperkukuh ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

Ayuh kita bersama-sama mempertahankan sebuah kerajaan yang stabil, bersih dan berwibawa demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur.

Kekal Harapan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.