Inisiatif

Peristiwa
6/11/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Cyberjaya

Hari ini saya menyaksikan detik penting apabila YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Cyberjaya, inisiatif yang seiring dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2026 dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor dan ekonomi digital negara.

Fasa kedua ini mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hab semikonduktor utama Malaysia, selepas kejayaan fasiliti pertama di Puchong yang kini menempatkan lebih 200 jurutera dan disasar meningkat kepada 400. Melalui inisiatif seperti ARM Compute Subsystem (CSS), ARM Flexible Access (AFA) dan ARM Design Token, usaha ini membuka jalan kepada pembangunan cip tempatan pertama menjelang 2027 atau 2028.

Pelaburan ini turut melengkapi strategi nasional di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), seperti yang diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2026, yang menumpukan pelaburan strategik bernilai tinggi termasuk semikonduktor, AI dan digital.

Fasiliti IC Design Park 2 turut menempatkan Pusat Ujian Cip Termaju dan kemudahan latihan ASEM, disokong oleh rakan strategik global seperti Arm, Synopsys dan AWS, serta melalui program National Semiconductor Excellence Program (NSEP) dan Global Semiconductor Exchange Program (GSEP) yang akan melatih lebih 300 pelajar bersama syarikat utama seperti AMD dan Intel.

Usaha ini mencerminkan sinergi antara dasar nasional dan negeri dalam memperkukuh rantaian nilai semikonduktor, menjadikan Selangor bukan sekadar nadi ekonomi negara, tetapi peneraju masa depan teknologi Malaysia.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.