Inisiatif

Peristiwa
25/11/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Pelancaran Program SELKitar Peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, pagi ini saya merasmikan Majlis Pelancaran Program SELKitar Peringkat Negeri Selangor serta Penyerahan Lori Operasi SELKitar oleh KDEB Waste Management. Inisiatif ini adalah langkah besar dalam memperkukuh ekonomi kitaran dan memodenkan sistem pengurusan sisa di negeri ini.

Projek rintis telah dilaksanakan pada April lalu di kawasan MBSJ dan MPSp dan telah menunjukkan hasil yang menggalakkan. Hampir 80,000kg bahan kitar semula berjaya dikumpul melibatkan lebih 300 taman perumahan dan 100,000 kediaman di seluruh Selangor.

Dengan penambahan aset logistik, penggunaan lori khusus, jadual kutipan yang lebih tersusun serta program pendidikan awam yang berterusan, SELKitar akan diperkasakan sebagai teras utama dalam membina ekosistem pengurusan sisa yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing.

Kerajaan Negeri bersama UPEN, Pusat Adaptasi Perubahan Iklim dan KDEBWM komited memastikan usaha ini terus diperluaskan agar rakyat lebih sedar, lebih terlibat dan lebih bertanggungjawab terhadap amalan kitar semula.

Selangor kekal komited membina masa depan hijau untuk semua.

#KitaSelangor

#SELKITAR

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.