Inisiatif

Ekonomi
10/4/21
Isu
Selangor

Majlis Pelancaran Platform Selangor (PLATS) 2.0

InsyaAllah saya akan melancarkan Platform Selangor (PLATS) versi 2.0 pada hari esok. PLATS 2.0 merupakan kesinambungan kepada PLATS 1.0 yang telah dilancarkan pada Ramadan tahun lalu dengan fokus yang sama tetapi lebih dipertingkatkan. Objektif utama PLATS ialah sebagai direktori utama bagi semua peniaga, penjaja serta PKS mikro di Selangor ini di bawah satu platform.

PLATS dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja, peniaga serta PKS mikro di Selangor. PLATS menyediakan lokasi maya / ‘virtual’ secara percuma kepada semua yang berdaftar dan menjalankan perniagaan secara atas talian.


Pelaksanaan PLATS 2.0 akan turut melibatkan kolaborasi dengan Grab Express untuk penyediaan perkhidmatan penghantaran yang boleh diguna pakai oleh para penjaja dan peniaga. Nantikan kemunculan PLATS 2.0 sempena Ramadan ini.

#PlatformSelangor
#PLATS
#GoDigitalSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.