Suara

Peristiwa
27/8/20
Selangor

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN)

Selangor sememangnya 'melting pot' atau bunga rampai yang mempertemukan pelbagai etnik sama ada Mandailing, Jawa, Bugis mahupun Orang Asli semenjak dahulukala--juga kaum Cina dan India serta orang-orang Borneo yang memilih negeri ini sebagai tempat mencari rezeki.

Kerencaman begini menjadi kekuatan kepada gudang ekonomi Malaysia ini sehingga berjaya memberi sumbangan yang besar pada KDNK dan kemajuan negara.

Krisis seperti tragedi 1969 dan pandemik Covid-19 mendekatkan kita dan membawa semua kembali ke landasan perpaduan dan keharmonian. Itulah cita-cita dan roh sebenar Rukun Negara.

Dan itulah yang kita harapkan daripada Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang telah saya lancarkan hari ini.

Semoga pengalaman 63 tahun dalam membina bangsa terus diperkukuh dan tidak disia-siakan.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.