Majlis Pecah Tanah Sime Darby Property X MYDIN
Hari ini, saya menghadiri Majlis Pecah Tanah Sime Darby Property X MYDIN bagi pembangunan Pusat Pengedaran Berautomasi Penuh di City of Elmina.
Projek strategik ini dijangka meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, mempercepat pengedaran barangan keperluan serta memastikan kebolehcapaian yang lebih pantas dan sistematik kepada rakyat.
Kemudahan berteknologi tinggi ini turut mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hab logistik utama negara, selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memacu pelaburan bernilai tinggi, automasi dan pertumbuhan ekonomi mampan.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited menyokong pelaburan strategik yang bukan sahaja merangsang ekonomi, malah memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat.













No items found.



