Majlis Pecah tanah Q Centre @ Teratai di Meru, Klang
Pagi ini, saya menghadiri Majlis Pecah Tanah Q Centre @ Teratai di Meru, Klang, yang akan menempatkan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dan Penginapan Pekerja Dibina Khas (PBWA).
Projek ini sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri melalui inisiatif Kompleks Perumahan Pekerja Selangor yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022, bagi memastikan aktiviti ekonomi dilaksanakan dengan teratur dan efisien.
Dengan kapasiti 9,120 katil, sistem pengurusan berasaskan AI, serta ciri bangunan hijau seperti panel solar dan tadahan air hujan, Q Centre @ Teratai menjadi sebahagian daripada visi Selangor untuk membina komuniti pekerja moden dan lestari.
Usaha ini memperkukuh komitmen Selangor untuk menyeimbangkan keperluan industri dan kesejahteraan rakyat, sekaligus memperkukuh imej negeri sebagai destinasi pelaburan dan pekerjaan berkualiti.













