Inisiatif

Peristiwa
13/7/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng

Petang ini saya telah memenuhi jemputan untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng di Bandar Seri Coalfields.

Pendidikan adalah asas untuk mengukuhkan masa depan Selangor sebagai negeri paling maju di Malaysia. Seperti pepatah yang telah diulang sejak zaman Dinasti Han, Xue Wu Zhi Jing — tiada batas kepada pendidikan dan pembelajaran (There is no ceiling to learning). Prinsip ini juga menjadi pegangan Kerajaan Negeri bahawa proses menuntut ilmu tidak terhad kepada bilik darjah, sebaliknya perlu diteruskan sepanjang hayat.

Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng mempunyai sejarah yang panjang dalam melahirkan ramai tokoh dan profesional berjaya dalam pelbagai bidang. Saya yakin kampus baharu ini akan meneruskan legasi kecemerlangan tersebut dengan menyediakan pendidikan berkualiti yang melahirkan generasi berilmu, berakhlak, berdaya saing serta memiliki perspektif global.

Sebagai sebuah institusi pendidikan persendirian, Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng bukan sahaja membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti, malah menjadi wadah memperkukuh perpaduan dalam masyarakat majmuk Selangor. Pendidikan kekal menjadi jambatan terbaik untuk membina keyakinan, saling memahami serta merapatkan jurang antara masyarakat Melayu, Cina dan India.

Kerajaan Negeri Selangor akan terus memperkasakan sektor pendidikan berkualiti dan menyokong budaya pembelajaran sepanjang hayat demi melahirkan generasi masa hadapan yang mampu memacu kemajuan negeri dan negara.

Insya-Allah, pembinaan Sekolah Menengah Akademik Kuen Cheng ini dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2027 dan mula beroperasi pada tahun 2028.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.