Inisiatif

Peristiwa
29/10/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Multaqa DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

Pagi ini, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz.

Dianjurkan sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda, multaqa bertemakan “Legasi Kesultanan Selangor Dalam Memperkasa Islam di Alam Melayu” ini menjadi ruang untuk mendalami sejarah serta amanah institusi kesultanan dalam memelihara Islam dan menaungi perkembangan ilmu.

Saya menekuni perkongsian Ustaz Abdul Somad yang turut menelusuri sumbangan kesultanan Melayu dalam penyebaran Islam serta hubungan antara raja dengan ulama. Tradisi penulisan kitab, pembinaan sekolah agama dan pengukuhan institusi mufti memperlihatkan bagaimana naungan institusi diraja menyumbang kepada pendidikan serta kehidupan beragama masyarakat hingga hari ini.

Saya menjunjung titah Tuanku mengenai pentingnya memperkukuh kesinambungan pemerintahan yang memartabatkan Islam, pendidikan yang menyeluruh serta institusi yang menterjemahkan hukum syarak kepada dasar, fatwa dan perkhidmatan untuk rakyat. Hubungan ulama dan umara pula perlu berasaskan integriti, memelihara ruang nasihat dan teguran yang benar serta mendahulukan kepentingan ummah.

Peringatan Baginda agar masyarakat merujuk sumber berautoriti dan berguru dengan ilmuwan yang diiktiraf juga amat wajar kita hayati.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Buku Sheikhul Islam dan Mufti-Mufti Selangor (1930–2021), Buku Kompilasi Artikel Fatwa Tahun 2001–2005 (Jilid 1) serta Sistem e-Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.