Inisiatif

Peristiwa
10/12/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Makan Malam Jubli Emas Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS)

Alhamdulillah, saya berbesar hati menghadiri Majlis Makan Malam Jubli Emas Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS) sempena 50 tahun penubuhannya.

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan, warga kerja serta semua anggota KOSAS atas komitmen dan sumbangan yang berterusan sehingga KOSAS kekal relevan dan berdaya saing selepas setengah abad penubuhannya sejak 1975.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa melihat gerakan koperasi sebagai rakan strategik pembangunan sosioekonomi negeri. KOSAS membuktikan peranannya bukan sahaja dalam sektor perumahan dan kewangan, malah turut berkembang dalam pertanian, mikrokredit, tenaga boleh baharu dan pelaburan mampan, sekali gus membantu memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat.

Saya turut menyempurnakan Pelancaran Sambutan Jubli Emas KOSAS serta pelancaran Coffee Table Book “50 Tahun KOSAS”, yang merakam perjalanan dan sumbangan KOSAS kepada pembangunan sosioekonomi Selangor.

Setengah abad ini adalah hasil kepimpinan yang berintegriti, kesetiaan anggota serta komitmen warga kerja. Semoga KOSAS terus bersatu lebih maju, menjadi contoh koperasi yang inklusif, progresif dan terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Selangor.

Tahniah KOSAS – 50 Tahun Gemilang, Terus Bersinar.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.