Inisiatif

Peristiwa
22/2/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Iftar Perdana Warga UNISEL

Alhamdulillah hari ini saya dapat bersama-sama dengan warga UNISEL dalam Majlis Iftar Perdana Warga UNISEL di Kampus Bestari Jaya.

Walaupun keadaan hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat ukhuwah dan kebersamaan semua warga UNISEL. Kehadiran para pelajar, pensyarah dan warga kerja jelas menggambarkan semangat kekitaan yang utuh dalam keluarga besar UNISEL.

Saya turut menyerahkan simbolik Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) serta watikah pelantikan MPP sesi 2026. Semoga segala inisiatif ini terus memperkasa kebajikan dan kepimpinan mahasiswa.

Terima kasih warga UNISEL atas sambutan yang cukup hangat meskipun dalam suasana hujan. Semoga ukhuwah ini terus mekar, insya-Allah.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.