Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kali ke-12
Tahniah saya ucapkan kepada 256 pelajar yang diraikan sempena Majlis Graduasi Qurra’ Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kali ke-12, mewakili lima buah institusi tahfiz negeri ini:
1. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Bagan Lalang, Sepang
2. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah, Hulu Langat
3. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar, Kuala Langat
4. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian, Klang
5. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Bagan Terap, Sabak Bernam
Turut diraikan, 21 orang guru tasmik yang menerima sijil penghargaan atas komitmen membimbing anak-anak Selangor menjadi huffaz yang berkualiti.
Alhamdulillah, saya berbangga dengan iltizam serta komitmen para pelajar MITS dalam menghafaz 30 juzuk Al-Quran, sekaligus membuktikan bahawa generasi muda mampu menjadi obor kepada masyarakat melalui ilmu dan akhlak Al-Quran.
Pengiktirafan ini bukan sekadar simbol kejayaan peribadi, tetapi juga pencapaian besar kepada pendidikan Negeri Selangor dalam melahirkan generasi celik al-Quran dan Sains yang akan memimpin masa depan dengan ilmu dan adab.








