Inisiatif

Peristiwa
6/12/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Cahaya Selawat & Mahabbah Bersama Ulama

Alhamdulillah, malam yang indah dan dirahmati di Majlis Cahaya Selawat & Mahabbah bersama Ulama’.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat oleh Ustaz Neezam Al-Banjari, diiringi kumpulan Babul Mustofa yang menghidupkan malam ini dengan puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sekali gus menyuburkan rasa cinta dan mahabbah kepada Rasul tercinta.

Saya turut berbesar hati dapat bertemu seorang ulama besar dari Mesir, Dr. Sayed Suton, seorang tokoh ilmuwan yang amat dihormati.

Alhamdulillah, dapat bersama-sama mengimarahkan malam yang penuh barakah ini dengan selawat, doa dan rindu kepada Rasulullah SAW. Semoga segala keikhlasan ini menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.