Inisiatif

Peristiwa
4/3/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Berbuka Puasa DYTM Raja Muda Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H bagi Daerah Sepang

Mengiringi DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H bagi daerah Sepang yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya petang tadi.

DYTM Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 537 asnaf yang terdiri daripada 338 fakir, 45 miskin dan 154 muallaf, dengan setiap penerima menerima RM500, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan RM268,500. Baginda turut berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM9,837,200 daripada beberapa badan korporat dan institusi pengajian tinggi termasuk Pintas Utama Sdn. Bhd., Malaysia Airports Holdings Berhad, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Lembaga Jurukur Tanah, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan MAHSA Universiti.

Alhamdulillah, semoga keberkatan Ramadan ini terus mengeratkan ukhuwah antara rakyat dan kepimpinan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.