Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H bagi daerah Kuala Selangor di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor.
Masjid Raja Lumu, yang terletak di kaki Bukit Melawati, adalah Masjid Diraja kesembilan di Selangor dan dinamakan sempena Sultan Selangor pertama, Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah)
DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 470 asnaf, merangkumi 128 fakir, 220 miskin, dan 122 muallaf.
Baginda kemudiannya berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan solat sunat Tarawih 20 rakaat bersama rakyat.
Menjunjung kasih Tuanku atas keberangkatan serta sumbangan yang diberikan, semoga membawa keberkatan buat rakyat di Kuala Selangor.




