Majlis Berbuka Puasa Bersama Guru & Komuniti Pendidik Negeri Selangor
Alhamdulillah, hari ketiga Ramadan, saya berkesempatan berbuka puasa bersama Guru dan Komuniti Pendidik Negeri Selangor.
Majlis ini menghimpunkan lebih 1,000 warga pendidik di bawah satu payung, memperkukuh peranan dan tanggungjawab bersama dalam membentuk generasi masa hadapan.
Saya menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk memartabatkan pendidikan sebagai tunjang pembangunan bersama ekonomi, demi melahirkan generasi mahir, yakin dan berdaya saing global; guru pula bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembentuk jiwa serta pencorak pemimpin masa depan.
Majlis menyaksikan 4 sesi pertukaran Nota Persefahaman Program Pendidik Yayasan Selangor bersama rakan strategik iaitu TYMBA, DHS Hospitality Academy, ATC College, Taleem (M) Sdn Bhd dan Al Motahida Education Group, serta turut diserikan dengan Tazkirah Ramadan oleh Dato’ Professor Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor.
Semoga Ramadan ini menguatkan tekad kita untuk terus berganding bahu, memperkukuh komitmen dan memastikan pendidikan Negeri Selangor kekal unggul demi anak-anak masa hadapan.

















