Inisiatif

Peristiwa
25/2/26
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Gombak

Setiap tahun, saya akan menyambut Ramadan bersama barisan penggerak utama di Gombak menerusi Majlis Berbuka Puasa Parlimen Gombak bersama agensi kerajaan dan pimpinan masyarakat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Majlis ini menghimpunkan seramai 300 tetamu yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pimpinan masyarakat, ketua kampung serta warga Gombak yang sentiasa komited dalam perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam majlis yang sama, anak anak tahfiz turut diraikan melalui penyampaian sumbangan duit raya serta Sumbangan Ihya’ Ramadan daripada Parlimen Gombak bagi menyokong aktiviti sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Insya-Allah, semoga silaturahim dan ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh, seiring komitmen saya di Gombak dalam memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.