Inisiatif

Peristiwa
9/3/26
Isu
Selangor
Negara

Majlis Berbuka Puasa Aktivis Muda & Pemimpin Mahasiswa Negeri Selangor

Menyantuni para aktivis muda dan pemimpin mahasiswa Negeri Selangor dalam Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi. Acara ini merupakan kelaziman saya saban tahun, di mana kali ini lebih 500 aktivis muda NGO, Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan pemimpin Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) seluruh Universiti Awam (UA) berjaya dikumpulkan kali ini.

Saya diiringi YB Najwan Halimi Exco Belia Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor turut menyerahkan insentif kepada atlet Selangor yang meraih pingat untuk negara pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Thailand 2025 dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM319,400.

Di kesempatan yang sama, saya menyampaikan tanda apresiasi Kerajaan Negeri kepada 7 anak muda yang menjadi hero dalam insiden Tasik Biru Kundang yang tular baru-baru ini. Semangat mereka wajar menjadi contoh kepada penggerak dan aktivis muda.

Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkukuh agenda pendidikan dan pembangunan bakat. Antaranya melalui inisiatif pendidikan 50% percuma di UNISEL dan UIS yang bakal memberi manfaat kepada lebih 4,000 mahasiswa dengan peruntukan RM17.378 juta. Selain itu, Baucar Buku KitaSelangor turut diperluas daripada 4,000 penerima tahun lalu kepada 10,000 mahasiswa tahun ini, masing-masing bernilai RM200 bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan anak muda.

Insya-Allah, pertemuan ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi juga ruang untuk memperkukuh jaringan, memperbaharui semangat perjuangan serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh generasi muda dalam membina masa depan Selangor.

Saya juga berkenan menyempurnakan pra-pelancaran ADIBakti, platform baharu anak muda Selangor untuk ruang aktivisme generasi muda Selangor sebagai platform konsolidasi kesukarelawanan, kependidikan serta khidmat komuniti seluruh Selangor.

Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan kekuatan rohani selain memperkukuh ukhuwwah kepada kita semua menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.