Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional (MAPIN) dan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025
Menghadiri Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional (MAPIN) dan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.
Majlis ini memperkukuh iltizam berterusan Kerajaan dalam menegakkan nilai integriti, tadbir urus yang baik serta akauntabiliti dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan awam. Ia juga menjadi wadah penting untuk memperkukuh budaya pentadbiran yang telus dan beretika.
Sebanyak 20 organisasi telah diiktiraf atas kecemerlangan amalan integriti dan tadbir urus terbaik menerusi penganugerahan AIGA 2025, merangkumi 4 Anugerah Emas, 3 Anugerah Perak dan 3 Anugerah Gangsa bagi sektor awam dan swasta.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan terus memperkukuh komitmen terhadap nilai integriti dan kebertanggungjawaban, menjadikannya teras kepada pentadbiran yang cekap, berakauntabiliti dan berwibawa, seiring aspirasi Malaysia MADANI.













