Inisiatif

Peristiwa
26/4/21
Bantuan
Selangor

LZS Agih Bantuan Zakat RM28 juta kepada 61,315 Asnaf, Fakir, Miskin dan Mualaf Bagi Persiapan Ramadan & Hari Raya

SHAH ALAM, 12 April 2021 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mula mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM28,032,900 kepada 61,315 orang penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan oleh Timbalan Mufti Selangor, Dato’ Dr Anhar Opir kepada 10 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf bersempena dengan Majlis Serahan Bantuan Ramadan dan Raya Lembaga Zakat Selangor 2021 di sini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,667,350 diagihkan kepada 17,787 orang dalam kalangan asnaf fakir, manakala sebanyak RM18,079,900 diagihkan kepada 39,445 orang asnaf  miskin dan RM1,285,650 diagihkan kepada 4,083 orang asnaf mualaf.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.