Inisiatif

COVID-19
4/8/20
Isu
Bantuan
Selangor

Lembaga Zakat Selangor Prihatin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keluarga - keluarga di Selangor yang terkesan dengan pandemik COVID-19 boleh mendapatkan bantuan kewangan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan mendaftar sebagai keluarga asnaf. Berikutan pandemik tersebut , LZS menyasarkan 80,000 pendaftaran keluarga asnaf berdasarkan angka terkini iaitu 62,000 keluarga asnaf berdaftar.Peningkatan warga yang terkesan ini telah dijangkakan.

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor masih mampu menyediakan beberapa ‘benteng asnaf’ dalam menghadapi waktu mencabar sebegini. Malah pada Mac lepas, LZS memperuntukan RM15 juta kepada asnaf, penjaja, peniaga dan keluarga B40 serta agihan bantuan kepada hospital kerajaan dan pusat kesihatan daerah, petugas barisan hadapan dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Saya dan pihak LZS ingin berpesan kepada keluarga yang terkesan akibat COVID-19 untuk menghubungi Talian Zakat Selangor (1-300-88-4343) atau dapatkan maklumat di zakatselangor.com.my

#SelangorGempurCOVID19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.