Inisiatif

Peristiwa
28/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Lawatan Projek ICU “TEDUH” di Prima Sri Gombak

Saya turun memantau Projek Tapak “TEDUH” di Prima Sri Gombak. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah unit wakaf rehat untuk penghantar makanan bermotosikal yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Selayang dengan kos kontrak berjumlah RM90 ribu dalam tempoh pelaksanaan selama 12 minggu.

Kemudahan wakaf rehat TEDUH ini dilengkapi dengan lampu, kipas serta soket pengecasan telefon, dan menggunakan sepenuhnya tenaga solar, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan pekerja gig serta inisiatif pembangunan mampan.

Insya-Allah, saya terus komited memastikan setiap projek rakyat di Gombak dilaksanakan dengan teliti, berfungsi dan memberi manfaat langsung kepada komuniti di sini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.