Inisiatif

Peristiwa
28/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Lawatan Projek (ICU) Parlimen Gombak Di Pejabat Ketua Kampung Laksamana

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan kemudahan awam terus dinaik taraf demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat. Komitmen ini diterjemahkan menerusi penaiktarafan Balai Raya / Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Laksamana yang telah beroperasi lebih 10 tahun.

Menerusi Projek (ICU) Parlimen Gombak, kemudahan ini kini menerima nafas baharu hasil peruntukan RM100,000 di bawah Projek Pintar Selangor. Penaiktarafan ini bertujuan menyediakan ruang yang lebih selesa, selamat dan kondusif sebagai pusat aktiviti komuniti setempat.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan perabot sumbangan Projek Selangor Penyayang DUN Sungai Tua serta perasmian balai raya dan pejabat yang baharu ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.