Suara

Peristiwa
4/11/20
Isu
Bantuan
Selangor

Lawatan Menyantuni 64 buah keluarga yang terkesan di Hulu Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada 64 buah keluarga yang terkesan akibat banjir kilat di Hulu Langat petang tadi. Usai sidang dewan hari ini, saya bergegas ke Hulu Langat untuk meninjau keadaan banjir dan mangsa di Pusat Penempatan Sementara SK Sungai Serai.

Buat pengetahuan semua, hujan lebat berterusan selama hampir lima jam sejak jam 2 pagi tadi telah menyebabkan tujuh kampung di mukim Hulu Langat dilanda banjir

yang menyebabkan air melimpah dari empangan Sungai Langat.

Lokasi terjejas ialah Kampung Batu 20 Sungai Lui, Kampung Batu 14, Kampung Batu 16, Kampung Kuala Perdik, Kampung Batu 18, Kampung Batu 17 dan Kampung Sungai Serai.

Unit Bencana telah diarahkan untuk membantu keluarga yang ditempatkan di SK Sungai Serai. Diharap bantuan yang diberi dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir kilat sehingga keadaan pulih.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.