Inisiatif

Peristiwa
5/12/25
Isu
Selangor
Negara

Lawatan ke Selangor International Book Fair (SIBF) 2025

Selangor International Book Fair (SIBF) 2025 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam masuk hari ke-8 hari ini.

Antara koleksi yang dipamerkan di SIBF 2025 termasuk buku kanak-kanak, sejarah, rujukan, sekolah, kepimpinan dan politik menjadikan SIBF 2025 platform terbaik untuk memperkaya ilmu serta memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Saya turut berkesempatan menyantuni para pempamer, dan majoritinya menyatakan kepuasan terhadap penganjuran tahun ini. Penyertaan negara seperti India, China, Ghana, Rusia, Turkiye, Azerbaijan dan lain-lain turut meningkat, hasil hubungan yang berjaya diperkukuh melalui lawatan kita bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sebelum ini.

Kerjasama tersebut telah meluaskan lagi penganjuran SIBF dan berjaya menarik lebih ramai pengunjung. Saya dimaklumkan bahawa lebih 200,000 pengunjung telah hadir setakat ini, dan dengan baki dua hari lagi, jumlah itu dijangka terus meningkat.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menambah baik penganjuran SIBF yang diadakan setiap tahun, sekali gus menjadikannya sebahagian daripada agenda penting dalam memperkukuh budaya ilmu dan pembacaan di Selangor.

#KitaSelangor

#SIBF2025

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.