Suara

Ekonomi
24/8/20
Selangor

Lawatan ke Kilang Pengeluaran Sarung Tangan Hartalega NGC Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari ini saya berkesempatan untuk mengadakan satu lawatan ke salah sebuah syarikat pengeluar sarung tangan di Negeri Selangor. Hartalega NGC Sdn Bhd, telah menambah pelaburan mereka di Negeri Selangor dengan jumlah secara keseluruhan bernilai RM 4.5 Billion.

Syarikat yang menghasilkan sarung tangan nitrile ini telah menyumbang kepada peranan besar Selangor sebagai Negeri Garis Hadapan (Frontline State) dalam memerangi wabak Covid-19 di negara dan arena antarabangsa.

Penambahan pelaburan mereka pada kali ini melibatkan pembinaan 7 buah kilang baru di atas tanah seluas 95 ekar di Daerah Kuala Langat bernilai RM 3.0 Billion dan juga pembinaan 4 buah kilang tambahan di tapak sedia ada di daerah Sepang dengan nilaian pelaburan berjumlah RM 1.5 billion. Jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM 4.5 Billion ini adalah merupakan strategi pelaburan mereka sehingga tahun 2025.

Saya amat gembira dengan komitmen mereka untuk terus meneroka teknologi baharu melalui R&D yang melibatkan penggunaan sarung tangan nitrile bukan sahaja dalam industri kesihatan, tetapi juga untuk industri automotif, sanitasi, kimia dan keselamatan.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.