Lawatan ke Garden 8
Membuat lawatan ke Garden 8, sebuah inisiatif di Taman Perwira Gombak yang telah memberi impak kepada komuniti di sini. Selepas itu saya bersama warga tempatan Sg. Tua, Gombak sempena edaran Kalendar 2026 di Pasar Selayang Baru sebelum melawat tapak-tapak projek yang sedang dijalankan di kawasan perkuburan Sg. Tua dan Sg. Kertas.
Saya seterusnya ke beberapa kediaman untuk ziarah kasih sebelum solat fardhu Zohor bersama warga Sg. Tua di Surau Mahyon sempena acara penyerahan sumbangan serta kenduri rakyat.
Saya mengakhiri hari di acara Darul Ehsan Berselawat yang semangat hadirinnya amat mengagumkan, melambangkan kecintaan ummah di Selangor terhadap Islam, Rasulullah SAW dan keagungan Allah SWT.
Moga pada tahun 2026 kita akan terus dikurniakan rahmat oleh-Nya, insya-Allah.



