Suara

Peristiwa
16/11/20
Selangor

Lawatan Hormat Delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia diketuai Pengerusi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Menerima taklimat dan mengadakan perbincangan mengenai Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang akan dilaksanakan melibatkan Negeri Selangor. Pertemuan ini turut memberi peluang jalinan kerjasama bagi memperkukuhkan pembangunan dan perkhidmatan komunikasi khusus buat manfaat rakyat di Selangor.

Ini sejajar dengan misi ke arah menuju negeri pintar menjelang tahun 2025 serta pelaksanaan Agenda Digitalisasi Selangor yang saya umumkan ketika Belanjawan Selangor 2021 baru-baru ini.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.