Suara

Peristiwa
23/8/20
Bantuan
Selangor
Orang Asli

Lawatan dan Sarapan Merdeka di Kampung Orang Asal Ulu Kuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebuah negara yang telah merdeka selama 63 tahun pastilah mempunyai wawasan yang luas dan harapan yang besar daripada rakyatnya. Selangor mempunyai misi tersendiri bagi mengisi makna kemerdekaan agar tiada sesiapa pun yang akan tersisih daripada arus gerak ekonomi.

Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk membaiki 10 buah rumah yang telah uzur di kawasan Kampung Orang Asli Ulu Kuang dengan jangkaan belanja 100 ribu ringgit.

Sumbangan RM10,000 turut akan disalurkan bagi menghidupkan serta merancakkan program komuniti di kawasan ini.

Semoga semangat Rukun Negara terus dapat dihayati dan disemaikan di Ulu Kuang dan seluruh negeri Selangor.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.