Media

COVID-19
28/5/20
Selangor
Perayaan
Negara

Kunjungan YB Dato' Sri Dr. Adham Baba serta delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya berbesar hati menerima kunjungan YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia bersama delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia tengahari ini.

Bersama-sama Exco Kesihatan Negeri, YB Dr Siti Mariah Mahmud serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari Ngadiman, kami diberi taklimat mengenai perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 di Negeri Selangor.

Turut dibincangkan ialah sinergi Kerajaan Negeri dan KKM di semua peringkat pentadbiran dalam usaha menggempur Covid-19 agar pandemik ini dapat ditamatkan riwayatnya, sekaligus masyarakat terus terdidik dengan norma baharu kehidupan pasca Covid-19 kelak.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.