Inisiatif

Peristiwa
21/10/25
Isu
Negara
Selangor

Kunjungan ke Bilik Gerakan Utama DUN Karamunting

Mengakhiri kunjungan saya di Sandakan semalam dengan lawatan ke Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN Karamunting bersama Ahli Parlimen Gopeng merangkap Ahli Parlimen angkat kawasan ini, Saudara Tan Kar Hing. Turut hadir bersama ialah wakil calon, Datuk Chew Kok Woh, serta Ketua Cabang Batu Sapi, Saudara Aris Remigius.

Alhamdulillah, saya amat berpuas hati melihat kesungguhan dan kesiapsiagaan jentera DUN Karamunting yang telah memulakan gerak kerja lebih awal, malah ada yang sudah turun padang sejak tiga bulan lalu. Ini membuktikan komitmen dan semangat juang tinggi dalam memastikan kemenangan berpihak kepada kita.

Saya juga tekankan bahawa faktor paling penting dalam menghadapi mana-mana pilihan raya ialah keupayaan kita mengenali, memahami dan mendekati hati nurani para pengundi.

Teruskan usaha mendekati seramai mungkin pengundi, yakinkan mereka bahawa DUN Karamunting akan menjadi salah satu kerusi kebanggaan KEADILAN di bumi Sabah.

#PRNSabah

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.