Kunjungan Hormat Tan Sri Jeffery Cheah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Dato’ Seri Jeffrey Cheah Fook Ling, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, bersama barisan pengurusan kumpulan tersebut.
Kumpulan Sunway tidak asing lagi di Selangor dengan penglibatan dalam sektor hartanah, pembinaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan. Pembangunan Bandar Sunway turut mencerminkan sumbangan kumpulan ini dalam membentuk sebuah bandar bersepadu yang menghimpunkan kemudahan kediaman, perniagaan, pendidikan dan rekreasi.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa serta perkembangan projek Kumpulan Sunway, khususnya dalam bidang teknologi dan infrastruktur. Perbincangan turut membuka peluang untuk meneroka kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kumpulan Sunway bagi menyokong pembangunan negeri.
Saya berharap hubungan baik ini dapat diperkukuh melalui kerjasama yang membawa manfaat nyata kepada rakyat Selangor, termasuk membuka peluang pekerjaan berkualiti, memperluas akses kepada kemudahan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Semoga setiap usaha pembangunan yang digerakkan bersama dapat membina masa depan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Selangor.









