Kunjungan Hormat SHM Shipcare
Menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif SHM Shipcare Malaysia, Datuk Huzefa Zainuddin, sebuah syarikat penyedia penyelesaian keselamatan maritim dan luar pesisir yang beribu pejabat di Klang, Selangor.
SHM Shipcare mempunyai kepakaran dalam pembuatan bot FRP, penyelenggaraan dan pembaikan kapal, sistem keselamatan maritim serta perkhidmatan kejuruteraan teknikal yang menyokong pelbagai industri strategik termasuk sektor maritim, minyak dan gas, pertahanan serta pelabuhan.
Pertemuan ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik yang mampu merancakkan pertumbuhan industri maritim, menarik pelaburan serta menyokong pembangunan ekonomi Negeri Selangor.
Lebih bermakna, pertemuan ini juga menjadi kesempatan bertemu semula dengan seorang sahabat lama yang kini terus mencipta kejayaan dalam industri maritim. Semoga hubungan baik ini terus diperkukuh demi kemajuan Selangor.






