Inisiatif

Peristiwa
23/9/26
Isu
Selangor
Negara

Kunjungan Hormat Persatuan Alumni UPM (PAUPM)

Menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM).

UPM cukup dekat di hati saya. Sebagai alumni kelas 2002 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, alam kampus menjadi medan yang banyak membentuk diri saya menerusi aktivisme mahasiswa dan dunia perdebatan.

Sejak diberi amanah sebagai Penaung PAUPM pada tahun 2021, saya terus berusaha mencurahkan khidmat bakti kepada alma mater. Pertemuan hari ini turut membincangkan usaha memperkukuh budaya alumni untuk menyumbang kembali kepada universiti, bukan sahaja melalui sumbangan kewangan, malah dalam bentuk kepakaran, masa, jaringan strategik, bimbingan serta peluang kepada para mahasiswa.

Semoga hubungan antara alumni dan universiti terus diperkasa demi melahirkan lebih ramai graduan yang berilmu, berdaya saing dan mampu berbakti kepada masyarakat serta negara.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.